Tajuk 5

 

Maklumat tentang mod penggunaan TMK


KATEGORI MOD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 

Terdapat empat kategori mod dalam pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran 2001.Kategori mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi. Sebelum meggunakan mod-mod tersebut, guru harus membuat perancangan yang teliti supaya pengajaran mencapai objektif dan memberi kesan  yang mendalam kepada pelajar-pelajar.

 

a. Mod Tutorial

Didalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, mod tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. Mod tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri.Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif. Mod tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah ia dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru.Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

 

b. Mod Penerokaan

Mod penerokaan ialah mod yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet. Mod penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjukcara dibawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem. Mod penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Mod penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan. Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar  melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping meberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Mod penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

 

c. Mod Aplikasi

Mod aplikasi dalam pembelajaran yang beteraskan TMK digunakan sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar   melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain. Mod aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi. Contohnya dalam  memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data. Mod aplikasi memberi kebaikan kepada pelajar dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan.Pelajar-pelajarjuga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam pekerjaan kelak.

 

d. Mod Komunikasi

Mod komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video Conference dan laman web. Mod komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Seperti mod-mod yang lain, mod komunikasi juga mempunyai kebaikan tersendiri. Antara kebaikan dalam mod komunikasi ialah memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.

 

 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

 

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

 

Prosedur Pembinaan Laman Web (Webnode)

__________________________________________________________________________________________________________________________________

Membina dan Menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Web Bahasa Melayu