Minggu 14

 

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran


 

Amali 1 

1. Cari maklumat tentang cakera padat

    a. Definisi

    Peranti storan optik memberikan satu alternatif untuk keperluan menyimpan data yang banyak.  Peranti ini menggunakan prinsip cahaya, dan bukan prinsip magnetik untuk menyimpan data.  Corak pembalikan cahaya laser pada permukaan cakera menunjukkan data yang ditulis/dibaca.  Semasa perekodan, cahaya laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lekukan (pit)  pada cakera.  Cakera optik juga menggunakan skema sistem perduaan.  Setiap lekukan itu menggambarkan data 0 dan tanpa lekukan menggambarkan data 1.

Semasa pembacaan data pada cakera optik, cahaya laser berkuasa rendah disuluh kepada permukaan cakera dan pembalikan cahaya laser bergantung kepada lekukan yang ada pada permukaan.  Jika terdapat lekukan, pembalikan cahaya laser tersebar dan tidak akan dapat dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 0.  Jika tidak terdapat lekukan atau permukaannya rata (land), pembalikan cahaya terdokus dan dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 1.

 

    b.Jenis-Jenis

 

Cakera komputer terbahagi kepada dua jenis: 

Pertama               :           Cakera Liut

    Kedua                :           Cakera Keras

 

CAKERA LIUT

Cakera ini adalah berbentuk sekeping plastik, bulat, nipis dan liut.  Permukaannya bersalut magnet saperti piring hitam nyanyian.  Ia pula terbahagi kepada beberapa jenis mengikut ukuran fizikal dan kepadatan baitnya.  Ada yang berukuran 5¼ inci (garispusat) dengan kandungan bait 360 KB dan 102MB serta disalut dengan jaket perlindungan yang nipis juga. 
Ada juga yang bergaris pusat 3½inci dengan 720KB dan ada yang 1.44MB.  Ukuran fizikal cakera liut jenis ini agak kecil tetapi lebih keras dan tahan lasak kerana ianya mempunyai tutup perlidungan yang agak keras

 

CAKERA KERAS

Cakera keras berbentuk sama seperti cakera liut, tetapi piring cakera nya lebih tebal.  Terbina dari sekeping cakera atau lebih mengikut ukuran baitnya.  Jika lebih dari sekeping cakera ianya tersusun berlapis-lapis dari atas kebawah. Cakera mempunyai mengandungi kepadatan yang tinggi dan terletak secara kekal didalam pemacunya tersendiri dan tertutup rapi.  Pemacunya pula tidak dapat dilihat dari bahagian luar unit pemerosesan  pusat kerana ianya disetkan di bahagian dalam CPU.  Unit ukuran cakera keras dikira dalam Megabait.  Ada yang 10MB, 20MB, 30MB, 40MB, 60MB, 80MB, 120MB, malah ada yang menjangkau keperingkat Gigibait (GB).

Pada masa dahalu kebanyakan komputer menggunakan cakera liut untuk menjalankan program-program seperti  LOTUS 1-2-3, PROFESIONAL WRITE dan lain-lain program dengan banyak menggunakan cakera liut untuk menjalankannya setelah dimasukkan di dalam pemacunya. 

 Oleh kerana teknologi masakini terkembang, maka banyak program-program besar dihasilkan perlu menambahkan banyak lagi ruang kerja program yang sedia ada seperti program MS-WINDOWS, AUTOCARD lebih mudah menggunakan cakera keras. Penggunaan cakera keras tidak semudah menggunakan  cakera liut dan perlu pengetahuan untuk menggendalikan penggunaan cakera keras

 

 

    c. Cara penyimpanan maklumat

Data boleh disimpan melalui 2 kaedah, kaedah kekal (rewritable) dan kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya

membolehkan sesuatu data direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera padat dan data tersebut tidak boleh dipadamkan

langsung. Manakala kaedah bolehubah membenarkan data direkod dan dipadam mengikut kepada keperluan pengguna. Pemacu

cakera padat terdiri daripada 3 jenis:

  • Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca data (CD-ROM),
  • cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca memori (CD-R) dan
  • cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan memori berkali-kali mengikut keperluan pengguna dan membaca memori (CD-RW)

 

    d. Kebaikan dan kelemahan 

        Cakera pada diperbuat daripada plastik kalobornat setebal 1.2 mm yang telah dilapisi dengan lapisan aluminium amat tulin yang

sangat nipis (atau jarang-jarang sekali, emas, digunakan bagi ketahanan data, (seperti edisi terhad CD audiophile ) yang dilindung

oleh lapisan lacquer. Lacquer boleh dicetak dengan label. Kaedah cetakan biasa bagi cakera adalah skrinsutera dan cetakan

offset. CD tersedia dalam dua saiz. Yang paling biasa adalah 120 mm diameter, dengan keupayaan audio 74-minute dan 650-MB

data ; faktor bentuk ini juga sering disalah anggap dikenali sebagai "CD5" kerana ia sekitar lima inci keratan rentas). Cakera

piwaian sedemikian seberat 15 gram. Ia tutut tersedia sebagai cakera 80-mm, format yang kebanyakannya digunakan bagi CD bunyi

tunggal dalam beberapa kawasan (contoh. Jepun), sama seperti piring hitam tunggal lama. 

        Setiap " Cd Mini " atau "CD Maxi" sedemikian mampu menyimpan 21 minit muzik, atau 180 MB data (faktor ini turut dikenali

sebagai  "CD3", kerana ia sekitar tiga inci keratan lintas). Bentuk unik lain dan lebih kecil dari biasa sering dijual atau diberikan

sebagai bahan promosi. Contoh, termasuk CD kad business dalam bentuk kad segiempat, CD berbentuk peta negara, dll. Terdapat

lubang sebesar 15mm di tengah-tengah cakera, yang biasanya akan digunakan oleh sejenis pengapit atau pemegang cakera yang

terdapat di dalam pemain cekara untuk memegang cakera ditempatnya dan membolehkan cakera tersebut diputar oleh motor.

Diameter lubah tersebut adalah lebih kurang sama dengan ukuran duit syiling 10 sen Belanda. Para jurutera Philips pada masa itu 

menggunakan syiling tersebut untuk menentukan saiz lubang itu, dan syiling muat ke dalam lubang cakera dengan tepat sekali. 

    Maklumat pada CD piwaian dikod sebagai landasan berlubang - (pit) berpilin yang diacu pada lapisan polikarbon (polycarbonate)

(Kawasan antara lubang dikenali sebagai darat). Setiap lubang sedalam sekitar 125 nm dengan keluasan 500 nm, dan berbeza

antara 850 nm hingga 3.5 nm panjang. Ruang antara landasan adalah seluas 1.6 μm. Untuk membayangkan skala lubang dan darat

pada CD, sekiranya cakera diperbesarkan pada saiz stadium, lubang itu adalah sebesar sebiji pasir. Pilin bermula dari pusat cakera

dan bergerak ketepi, yang membenarkan pelbagai saiz format tersedia.

CD dibaca dengan memusat laser semikonduktor jarak gelombang 780 nm melalui bawah lapisan polikarbon. Perbezaan jarak

antara lubang dan darat adalah satu per enam jarak gelombang cahaya laser, mendorong kepada perbezaan satu per tiga jarak

gelombang fasa antara cahaya yang dipantulkan daripada lubang dan daripada darat sekitarnya. Yang keenam, 125 nm, (dan

bukannya suku) jarak gelombang dipilih sebagai tolak ansur yang baik antara isyarat jejak radial tolak-tarik dan isyarat bacaan-luar

aperture penuh. Ganguan mengurangkan kekuatan cahaya dipantul dibandingkan dengan apabila laser dipantulkan oleh hanya darat.

Dengan mengukur kekuatan ini dengan fotodiod, data boleh dibaca dari cakera. Lubang dan darat itu sendiri tidak mewakili sifar

dan satu data binari. Sebaliknya perbezaan antara lubang dan darat atau darat ke lubang mewakili satu, sementara tiada perubahan

menunjukkan sifar. Ini seterusnya dinyahkod dengan menbalikkan modulasi lapan ke empat belas yang digunakan bagi

menghasilkan cakera utara, akhirnya mendedahkan data kasar tersimpan dalam cakera.

Cakera 74-minit (650MB) mempunyai sekitar 333,000 sektor sementara cakera 80 minit (700MB) mempunyai sekitar 360,000

sektor membenarkan simpanan lebih besar. Versi 90 dan 99 minit mengikut tambahan logik yang sama menyumbat lebih banyak

sektor tetapi mengurangkan daya harap sepanjang pemancu. Lubang lebih dekat pada sebelah label cakera, dengan itu kecacatan

dan kekotoran pada sebelah jernih boleh diherot semasa dimainkan. Dengan itu cakera lebih mudah dirosakkan dengan mencalar

sebelah label, sementara calar disebelah jernih boleh dibaiki dengan mengisi calar dengan plastik yang mempunyai index pantulan

(index of refraction) yang sama

 

     e. Perbezaan CD dan DVD

Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD

kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar

data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan

antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. 


Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data. 

Format CD

Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROMCD-R dan CD-RWCD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca

sahaja oleh pemain CD-ROMCD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh

merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROMCD-RW pula

membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa,

anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras. 

 

Format DVD

Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara

satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.

 

 

Amali 2:

a. Ciri-ciri perisian yang baik untuk digunakan dalam p&p bahasa Melayu

b. Buat penelitian terhadap CD yang telah anda beli untuk melihat sama ada mempunyai ciri-ciri perisian yang baik

 

Ciri-ciri perisian yang baik untuk digunakan dalam p&p bahasa Melayu

  • Kandungannya sesuai dengan kurikulum sukatan peiajaran Bahasa Melayu ataupun tidak.
  • Bahasa yang terdapat dalam bahan itu sesuai dengan tahap pelajar
  • Bahan yang dipilih itu tidak mengandungi  sensitiviti kaum ataupun menyentuh hak-hak sesuatu kaum seperti bahasa, agama, budaya dan lain-lain.
  • Bahan yang dipilih mengandungi pelbagai aras kecekapan yang sesuai dengan kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah
  • Bahan yang.dipilih itu dapat mengembangkan potensi bahasa, pemikiran, sahsiah, interpersonal pelajar dan sebagainya.

 

Buat penelitian terhadap CD yang telah anda beli untuk melihat sama ada mempunyai ciri-ciri perisian yang baik

1. Menarik perhatian:

  • Pada minit yang pertama, perisian pembelajaran tersebut menggunakan warna yang pelbagai, budak-budak sekolah rendah, badut dan gambar yang menarik.

2. Beritahu objektif  p&p - tingkatkan motivasi & jangkaan

  • Pada minit yang kedua, cikgu tersebut telah menyatakan objektif bahawa murid-murid haruslah mencari 26 huruf di Taman Impian.

3. Merangsangan ingatan masa lampau

  • Guru tersebut merangsang ingatan masa lampau murid dengan cara memberikan hadiah atau markah jika murid dapat mencari huruf dan barang yang banyak di Taman Impian tersebut.

4. Mempersembahkan maklumat baru / isi pelajaran

  • Guru tersebut mengajar murid untuk mengingati sebutan bagi setiap huruf dengan cara dari huruf hingga ke sebuah perkataan. Kemudian, guru tersebut menambahkan kaedah yang lebih menarik dan produktif iaitu dengan nyanyian lagu “ABC”.

5. Menyediakan panduan pembelajaran

  • Pada minit ke dua, guru tersebut memberikan panduan sebelum murid-murid ingin mencari 26 huruf tersebut..

6. Menyediakan latihan

  • Guru tersebut menyediakan latihan sebut huruf dan perkataan contohnya A untuk Askar dan juga latihan nyanyian ABC

7. Memberikan maklum balas

  • Murid tersebut memberikan maklum balas tentang arahan yang diberikan oleh guru seperti mencari rakannya yang hilang,dan  mencari huruf-huruf di Taman Impian

8. Menilai / meninjau pencapaian

  • Dalam perisian ini, guru tersebut menilai dan meninjau pencapaian murid dengan cara jumlah barang yang dijumpa oleh murid serta sebutan huruf bagi setiap barang tersebut. Guru telah memberikan dua kumpulan kepada murid-murid tersebut, pencapaian murid ditinjau melalui cara markah yang diberikan kepada setiap kumpulan.

9. Meneguhkan ingatan dan pemindahan pelajaran

  • Perisian ini tidak mempunyai adegan meneguhkan ingatan dan pemindahan pelajaran kepad murid-murid dan penutup perisian ini adalah guru hanya memberikan markah keseluruhan kepada murid.